”Hampirilah Allah, dan Allah pun akan menghampiri kamu. Basuhlah tangan kamu, hai kamu yang berdosa! Sucikanlah hati kamu, hai kamu yang munafik! (Mendekatlah kepada Allah, dan Ia akan mendekat kepadamu. Tahirkanlah tanganmu, hai kamu orang-orang berdosa! dan sucikanlah hatimu, hai kamu yang mendua hati! BIS) Yakobus 4:8
Firman Tuhan yang kita akan dengar pada malam ini sangat menyentuhkan hati saya secara peribadi. Ingat saudara bahawa Tuhan kita tidak melihat siapa dir kita, rupa bentuk kita atau latarbelakang kita. Tetapi Tuhan melihat hati kita seperti yang tertulis didalam 1 Samuel 16:7 Tetapi berfirmanlah TUHAN kepada Samuel: "Janganlah pandang parasnya atau perawakan yang tinggi, sebab Aku telah menolaknya. Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah; manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati."